APL JAMBOARD
Galakkan pelajar berkolaborasi dengan cara yang inovatif
Tingkatkan kerjasama dan penglibatan pelajar dengan apl Jamboard — yang dikuasakan oleh Google Cloud. Pengguna tablet pelajar boleh mengakses set alatan pengeditan yang beraneka untuk bekerjasama dengan pelajar atau pendidik. Anda juga boleh mengakses ciri ini daripada penyemak imbas web.
Mudah seperti papan putih, tetapi lebih pintar
Jamboard ialah satu paparan pintar. Ambil imej daripada carian Google dengan cepat, simpan kerja ke awan secara automatik, gunakan alat pengecaman tulisan tangan dan bentuk yang mudah dibaca serta lukis menggunakan stilus tetapi memadam dengan jari anda – sama seperti papan putih biasa.
Pelajar boleh mengadakan sesi jam dari mana-mana sahaja
Pendidik boleh melibatkan semua pelajar dalam proses pembelajaran, sama ada bekerja bersama-sama di dalam bilik darjah tradisional, dalam persekitaran seminar berkumpulan atau melalui pembelajaran jarak jauh. Apl Jamboard untuk Android dan iOS memudahkan pelajar dan pendidik untuk menyertai aktiviti kreatif daripada telefon, tablet atau Chromebook mereka.
"Dengan alatan untuk kreativiti dan pilih susun seperti Jamboard, semua pelajar mampu untuk mencari jawapan dan membentangkan dapatan mereka sama seperti seorang guru. Ciri ini memberi setiap pelajar peluang untuk bersuara tanpa mengira tahap mereka."
Steven Hope, Ketua Pembelajaran Bebas, Kolej Leeds City
Jamboard
Dayakan pembelajaran lebih pintar melalui awan
Hasilkan rancangan pelajaran yang menarik dan buka cara baharu untuk pelajar anda bekerjasama dengan paparan Jamboard.
Rangsang pendidikan dan kerjasama masa nyata
Lakarkan idea dan pelajaran dalam gaya papan putih pada paparan 4K 55 inci menakjubkan yang sangat responsif dan tepat. Letak imej, tambah nota dan dapatkan aset terus daripada web atau ambil kerja daripada Dokumen, Helaian dan Slaid — semuanya semasa bekerjasama dengan pelajar atau rakan sekelas dari mana-mana sahaja.
Mudah alih, berkuasa dan sedia untuk bilik darjah
Sebagai tumpuan utama untuk kreativiti di dalam bilik darjah, papan putih ini dibina dengan kaki mudah alih dan penyediaan satu kabel untuk tujuan memudahkan alat ini digerakkan. Stilus dan pemadam tidak perlu digandingkan — memastikan anda tidak akan kehabisan dakwat atau bateri.
Berapakah kos Jamboard?
Bagi pelanggan Google Workspace for Education, harga Jamboard bermula pada harga USD $4,999 (termasuk 1 paparan Jamboard, 2 stilus, 1 pemadam dan 1 pelekap dinding) dengan bayaran yuran pengurusan dan sokongan sekali sebanyak USD $600. Tiada yuran tahunan berulang. E-mel kepada jamboard-sales@google.com atau hubungi penjual semula anda.
Apakah spesifikasi Jamboard?
Lihat helaian spesifikasi Jamboard (PDF). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati Pusat Bantuan Jamboard.
-
Sekolah Hazelwood Menerajui Masa Depan Pendidikan Dengan Jamboard
Di Surrey, England, Sekolah Hazelwood melancarkan ruang pembelajaran yang inovatif dan cerdas untuk meningkatkan celik digital menerusi teknologi baharu, termasuk penggunaan Google Jamboard.
-
Cara Sekolah Komuniti Mason City menggunakan Jamboard untuk memberi semua pelajar peluang untuk bersuara
Pendidik Mason City merapatkan jurang dalam akses teknologi daerah tersebut dengan penggunaan Jamboard untuk memupuk kerjasama antara guru dengan pelajar.
-
Kolej Leeds City menggunakan Jamboard untuk memberikan inspirasi kepada guru dan pelajar untuk berkongsi perkara yang telah mereka pelajari
Steven Hope, Ketua Pembelajaran Bebas Kolej Leeds City, menggunakan Jamboard untuk memperkasakan zon pembelajaran pelajar — menggalakkan pelajar belajar secara bebas sambil menggalakkan kreativiti dan kerjasama.
Bermula dengan Jamboard
Terokai sumber yang berguna ini untuk mula menggunakan dan memanfaatkan Jamboard di dalam bilik darjah dan selanjutnya.